OGOS 2024

Premier Hadiri Mesyuarat MPFN


KUALA LUMPUR, Khamis: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg tiba di Ibu negara pada pagi Khamis untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Turut hadir menemani beliau dalam mesyuarat tersebut ialah Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar bin Marzuki dan Pengarah Tanah dan Survei, Awang Zamhari Awang Mahmood. 

MPFN yang ditubuhkan di bawah peruntukan Seksyen 2A(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 19761 (Pindaan) 2001, [Akta A1129] merupakan majlis tertinggi yang bertanggungjawab untuk menyelaras dan meseimbangan kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan-kerajaan negeri dalam hal ehwal perancangan bandar dan desa.

Ini adalah selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang menyenaraikan perancangan bandar dan desa di bawah Senarai Bersama di dalam Jadual Kesembilan, di mana kedua-dua kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mempunyai kuasa dalam hal ini.

MPFN dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri dan dianggotai oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri serta Menteri-Menteri yang mempunyai tanggungjawab berkaitan perancangan bandar dan desa.

Pada sebelah malam Premier telah menghadiri majlis The Great ASEAN Entrepreneurs Awards & Dinner anjuran KSI Strategic Institute for Asia Pacific sebagai tetamu khas.